Tuesday 10 March 2015

KEBAIKAN MADU KELULUT

KHASIAT MADU LEBAH KELULUT
KELULUT (Trigona spp) merupakan sejenis serangga dari keluarga APIDAE yang terdapat di negera kita dan diseluruh dunia sebagai sejenis lebah yang menhgasilkan manisan madu dan tidak menyengat. Serangga kelulut ini bersaiz kecil iaitu lebih kecil daripada lalat. Serangga Kelulut juga di panggil sebagai Stingless Bee mempunyai 33 spesis di Malaysia dimana sebanyak 21 spesis terdapat di Semenanjung Malaysia dan bakinya hanya ada di Sabah dan Sarawak.
Ukurannya hanya 3 – 8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah Tualang dan Apis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan pergerakkannya tidak bergitu lincah.
Lebah kelulut mirip lebah bersengat, tetapi jauh lebih kecil. Serangga ini mempunyai 3 pasang kaki yang semuanya beruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan. Dibahagian kepala terdapat sepasang mata yang sangatlebar, mirip mata belalang, mempunyai sepasang antena, dengan mulut muncung panjang bagi memudahkan lebah kelulut menghisap madu. Ia juga mempunyai sepasang sayap di punggungnya berukuran lebih panjang yang membuatkannya dapat bergerak bebas dengan lincah diudara.
Daripada kajian yang dijalankan diseluruh pelusuk dunia, telah ditemui 150 spesis lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan lain-lain lagi.
Diantara Negara yang dikenalpasti mempunyai lebah trigona adalah seperti Indonesia (37 spesis), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesis), Vietnam (8 spesis), India (3 spesis), Taiwan (1 spesis) dan Negara kita Malaysia terdapat lebih 29 spesis lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semulajadinya.
Kelulut menghasilkan Madu Kelulut, Propolis dan juga 'Bee Bread' iaitu campuran antara pollen dengan madu , air liur dan cairan dari perut lebah yang berkhasiat untuk mengatasi masaalah pencernaan dan fermentasi. Madu Kelulut berbeza dengan Madu Lebah Biasa kerana rasanya adalah sedikit 'MASAM' dan warnanya adalah lebih cerah. Walau pun kuantiti madu kelulut yang dihasilkan setiap koloni sedikit berbanding dengan Lebah Madu biasa tetapi kelulut adalah serangga yang aktif sepanjang tahun. Koloni biasanya sangat aktif pada musim panas dan kering yang berpanjangan dimana banyak bunga mekar. Kajian oleh saintis mendapati madu kelulut tidak mudah berbuih atau masam kerana kandugan propolis didalamnya yang bersifat Anti-fermentasi semulajadi.
Kandungan Propolis yang dihasilkan oleh Kelulut merupan satu kelebihan. Propolis berfungsi sebagai Anti-Bakteria, Anti-Fungus dan juga Anti-Radang serin digunakan sebagai bahan pentik untuk Bahan Kosmetik dalam bentuk Krim dan Tablets. Khasiat madu kelulut dan propolis didakwa membantu dalam mencegah dan mengubati Penyakit kanser,Asma, Strok, Diabetes, mellitus, Batu Karang, Hipertensi dan malah ada juga kes HIV/AIDS.
Khasiat Madu Kelulut 2 kali ganda lebih dari Madu Lebah biasa (hasil dari kajian MARDI Madu Kelulut mempunyai anti-oksidan yang tinggi, serta kaya dengan antibiotik semulajadi).

KHASIAT MADU KELULUT

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Sesiapa menjilat/minum madu tiga(3) pagi setiap bulan, tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat. (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah )
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Syifa (ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga – meminum madu, berbekam, dan dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi panas.(Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah – Kitab Sahih Bukhari)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Ke atas kamu dua penyembuh (syifa) : Madu dan Alquran (Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Majah)
KHASIAT MADU KELULUT
Madu lebah kelulut mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh mengunakan madu kelulut adalah:
1. Diabetis Mellitus (Kencing Manis)
2. Strok
3. Kanser
4. Hipertension
5. Gaut
6. Sakit-sakit sendi
7. Menguatkan tenaga batin
8. Anti-Penuaan
9. Jerawat
10. Kudis/Kurap/Fungus
11. Meningkatkan metabolisme badan, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin.
12. Memulihkan kecederaan dalaman
MENGAPA MADU KELULUT MAMPU MERAWAT PENYAKIT DAN MENJAGA KECANTIKAN
Madu kelulut sememangnya mempunyai banyak khasiat. Disebabkan lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa, ia mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral.
Antara bahan penting yang dihasilkan kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga. Anak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitif kepada serangan virus, kulat dan serangga perosak. Untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria.
Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral.  Bioflavanid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.

PENGENALAN MADU KELULUT


Lebah kelulut atau kelulutsahaja (juga digelarmeliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia.Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropikadunia, seperti AustraliaAfrika,Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.
Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain